Rasanya sudah tiba masanya untuk berubah, berubah untuk menjadi yang lebih matang. Jangan terlalu memikirkan penyesalan, kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya. Jangan terlalu mengikut perasaan, kerana tiada kebaikan yang dilihat darinya. Mungkin bingkisan kenangan hitam harus dipadamkan, dibuang dan dikuburkan sedalam-dalamnya. Moga ia bersemadi dengan aman. Segala kejahilan yang pernah dilakukan harus dijadikan pengajaran.Yang berlalu biarkan pergi, jika hendak disesalkan, rasanya tidak memberi sebarang erti, kerana setiap yang berlaku adalah kehendak diri sendiri. Cukup sampai disini, perjalanan hamba yang kerdil ini masih banyak yang perlu dilalui. Tanggungjawab dan amanah yang lebih utama masih belum dilunasi. Anggap saja yang berlaku hanya secebis musibah, ujian dari Yang Kuasa untuk menguji setiap hambanya. Satu dimensi baru perlu disusuri, yang bakal melakar lukisan kehidupan.
"Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun selepas mati. Aku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, Semakin ramai sahabat, Aku semakin percaya diri, Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka atau duka, Jika aku dapat, aku ingin setia padanya."
"Kiranya tidak cinta insan untukmu, Cukuplah cinta Allah penyuluh hidupmu, Kelak akan ada cinta untukmu dari insan yang mencintai ALLAH sebagai mana cintamu kepadaNYA."
"Semoga Persahabatan akan berkekalan selama-lamanya, terima kasih menjadi sahabatku" :)
Buat Sahabatku,
Terima Kasih kerana pernah menjadi sebahagian dari kamus hidupku, Terima kasih juga kerana pernah menghadirkan tawa dan senyuman yang sangat bermakna bagiku, Hadirmu di mataku telah banyak mengajar erti ketenangan dan kedamaian, Membuai mimpi malamku walau ianya adalah untaian kenangan. Moga bahagia sentiasa mendampingimu, reda Ilahi sentiasa bersamamu, Ikhlas kasih yang abadi sentiasa disisimu. Terima Kasih sahabatku :)