Malam hampir larut
Malam juga sudah mula gerimis
Inilah saatnya untuk kita kembali
Kita sudah cukup jauh mengembara
Menjelajah rumah-rumah kosong itu
Aku tahu
Perasaan Kita cukup teruja untuk mengisi kekosongan rumah
Dan untuk bertemu serta berkenalan dengan Pemiliknya
Aku juga tahu
Betapa seronoknya untuk bersama
Dan bergurau dengan pemilik itu
Tapi
Aku hanya mahu kembali pulang
Sudah puas aku melihat destinasi indah
Mengembara bersama insan seperti kamu
Aku mohon maaf kerana tidak dapat berada disisimu
tetapi aku berjanji
Setiap detik aku di sini
Setiap itu juga aku suka menanti
Maafkan aku
~GM~
No comments:
Post a Comment