tOtAl HuMaN yG sKoDeNg AkU

Wednesday, June 27, 2012

Pendam to Padam...

Bismillahirrahmanirrahim.....

Rasanya sudah tiba masanya untuk berubah, berubah untuk menjadi yang lebih matang. Jangan terlalu memikirkan penyesalan, kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya. Jangan terlalu mengikut perasaan, kerana tiada kebaikan yang dilihat darinya. Mungkin bingkisan kenangan hitam harus dipadamkan, dibuang dan dikuburkan sedalam-dalamnya. Moga ia bersemadi dengan aman. Segala kejahilan yang pernah dilakukan harus dijadikan pengajaran.Yang berlalu biarkan pergi, jika hendak disesalkan, rasanya tidak memberi sebarang erti, kerana setiap yang berlaku adalah kehendak diri sendiri. Cukup sampai disini, perjalanan hamba yang kerdil ini masih banyak yang perlu dilalui. Tanggungjawab dan amanah yang lebih utama masih belum dilunasi. Anggap saja yang berlaku hanya secebis musibah, ujian dari Yang Kuasa untuk menguji setiap hambanya. Satu dimensi baru perlu disusuri, yang bakal melakar lukisan kehidupan. 

Selamat tinggal kisah silam..........





No comments:

Post a Comment