Coretan malam tak bermakna warkah cinta
tulisan indah dedaun tak bererti dia pencinta setia
berakal dan berilmu pula bukan tanda sepuitis nukilannya
kerana setiap ungkapan yang dicipta hanyalah kemanisan sementara.
inilah ceritera kisah kita
liku-liku yang diwarnai pancaroba
cinta yang diungkap terputus jua
luka terguris seorang pujangga
ingatkan aku pada si DIA,
tempat mengadu menumpang kasih
kerana aku telah dinoda
oleh keindahan dunia,kealpaan padamu
duhai PENCIPTA...
No comments:
Post a Comment