tOtAl HuMaN yG sKoDeNg AkU

Thursday, February 17, 2011

IMPAK DISENTRI

Atas rasa prihatin aku terhadap student2 yang nak cari maklumat untuk wat esemen maka aku sedekahkan kat korang ak punya esemen untuk djadikan rujukan tambahan..

PENGENALAN DISENTRI
      Disentri merupakan gangguan pada usus besar yang ditandai dengan sakit perut dan buang air besar yang secara terus menerus (diarea) yang bercampur lendir dan darah.

      Ianya merupakan satu sindrom dengan ciri-ciri cirit-birit  berdarah  berserta demam,abdominal cramps,sakit pada rektal dan najis berlendir (mucoid).

      Disentri  boleh dibahagikan kepada 2 jenis disentri iaitu Disentri basiler yang disebabkan oleh bakteria dan disentri amoeba yang disebabkan oleh protozoa.

KESAN KEPADA INDIVIDU
Kesan Disentri Basiler
      Diarea yang mendadak yang disertai darah dan lendir dalam tinja.
      6-24 jam pertama tanpa darah  setelah 12-72 jam berdarah.
      Suhu badan yang tinggi atau deman.
      Muntah-muntah.
      tiada nafsu makan.
      Sakit dalam perut dan usus.
      lemah, kurus dan mata menjadi cekung.
                              Anggota badan mengejang

Kesan Disentri Amoeba
      Diarea yang mendadak yang disertai darah dan lendir dalam tinja.
      6-24 jam pertama tanpa darah  setelah 12-72 jam berdarah.
      Panas tinggi atau deman.
      Muntah-muntah.
      tiada nafsu makan.
      Sakit dalam perut dan usus.
      lemas, kurus dan mata cekung.
      Mengejang pada anggota badan .

Kesan Kepada Masyarakat
      Pengurangan tenaga kerja berlaku kerana paningkatan jumlah penduduk yang terinfeksi dengan penyakit ini.
      Risiko penularan penyakit meningkat kerana pendedahan dan jangkitan boleh berlaku dimana-mana disebabkan peningkatan jumlah pembawa serta penghidap disentri.
      Kadar morbiditi dan mortaliti meningkat disebabkan semakin ramai yang mati serta sakit disebabkan disentri
      Cara hidup masyarakat berubah dimana masyarakat lebih mengamalkan cara hidup yang bersih bagi mengelakkan daripada berjangkit.
      Persepsi negatif masyarakat kepada para penghidap penyakit disentri kerana bimbang sekiranya dijangkiti.

Impak Kepada Ekonomi
         Masa bekerja menjadi pendek kerana terpaksa menjalani rawatan kesihatan.
         Kos rawatan akan meningkat kerana hospital perlu membekalkan ubat ubatan dalam kuantiti yang banyak kepada para pesakit.
         Penurunan produktiviti kerana para pekerja mengalami masalah kesihatan.
         Sektor pelancongan terjejas
-          Kedatangan pelancongan berkurangan kerana bimbang terinfeksi dengan penyakit ini.
-          Sektor perhotelan terjejas kerana meragui tahap kebersihan hotel tersebut
-          Sektor pengangkutan awam terjejas
-          Sektor perkhidmatan pelancong terjejas
     Ramai para pekerja terutamanya di kedai-kedai,gerai,restoran dan sebagainya hilang punca       pendapatan ekoran terinfeksi dengan penyakit ini.

Kesan Kepada Industri Makanan
      Pasaran produk tergugat
-           Penjualan kurang
-           Pendapatan kurang
      Kehilangan sumber manusia (man hour)
      Sumber pendapatan dari pengeksportan produk terjejas
      Kehilangan reputasi dan pasaran
      Penutupan premis makanan
      Denda dari pihak berkuasa
      Kos perundangan
      Sekatan perdagangan dalam pasaran antarabangsa
      Kos penyiasatan dalaman

Impak Terhadap Kerajaan
      Tanggapan buruk terhadap produk makanan malaysia
      Pengurangan hasil negara
                              cukai dan tukaran mata wang asing

      Kos penyiasatan dan pengendalian
      Kos penguatkuasaan dan perundangan
      Peningkatan kos perubatan dan kesihatan
                              untuk mengurangkan kadar morbiliti dan mortaliti

No comments:

Post a Comment