melihat mentari melabuhkan tirai cahaya adalah sesuatu yang bermakna bagiku.
membuat aku berfikir betapa pantasnya masa berlalu,
betapa indah langit merah ciptaan yang agung,
dan betapa beruntungnya aku dikurniakan sepasang mata.
tetapi malangnya aku masih leka dan hanyut dengan keseronokan dunia.
dan bila tibanya malam
aku akan mula berfikir
adakah aku masih lagi diberikan peluang menatap siang keesokannya,
atau hanya orang-orang sekeliling yang sempat menikmati mendung siang tatkala meratapi sekujur tubuhku. namun jika itu kehendak tuhan aku sedia menerimanya,
kerana aku tahu aku hanya hamba
yang menumpang di taman indah ciptaannya.
jika neraka yg kutemui aku bakal menderita kerana kealpaan ak semasa hidup didunia
dan syurga yang bakal kutemui maka akulah manusia yg sentiasa mengimpikannya.
tapi aku tidak mampu menghadapi neraka dan tidak layak menemui syurga.
maka kemana layaknya aku???
biar DIA yang menentukannya...........
HADIRMU MALAM.......................
No comments:
Post a Comment