Walau sudah lama berlalu namun
setiap yang berlaku adalah memori indah, memori yang banyak mengajar aku erti kematangan
dan kebahagiaan. Ketulusan perasaan yang
terbit dari hati adalah nikmat yang dikurniakan Tuhan untuk hambanya yang
kerdil ini. Iman yang menjaga batasan dalam menyelami setiap kemanisan. Walau
pengakhirannya tidak seindah yang diimpikan, namun aku terima ketentuan ini
kerana ia adalah kesilapanku. Mungkin ini
cebisan hidup kisah silamku namun ianya adalah yang paling manis dalam hidupku,
juga paling pahit dalam sejarah silamku. Aku terima segalanya kerana DIA tahu
apa yang terbaik untukku................
No comments:
Post a Comment