tOtAl HuMaN yG sKoDeNg AkU

Thursday, February 17, 2011

IMPAK DISENTRI

Atas rasa prihatin aku terhadap student2 yang nak cari maklumat untuk wat esemen maka aku sedekahkan kat korang ak punya esemen untuk djadikan rujukan tambahan..

PENGENALAN DISENTRI
•      Disentri merupakan gangguan pada usus besar yang ditandai dengan sakit perut dan buang air besar yang secara terus menerus (diarea) yang bercampur lendir dan darah.

•      Ianya merupakan satu sindrom dengan ciri-ciri cirit-birit  berdarah  berserta demam,abdominal cramps,sakit pada rektal dan najis berlendir (mucoid).

•      Disentri  boleh dibahagikan kepada 2 jenis disentri iaitu Disentri basiler yang disebabkan oleh bakteria dan disentri amoeba yang disebabkan oleh protozoa.

KESAN KEPADA INDIVIDU
Kesan Disentri Basiler
•      Diarea yang mendadak yang disertai darah dan lendir dalam tinja.
•      6-24 jam pertama tanpa darah  setelah 12-72 jam berdarah.
•      Suhu badan yang tinggi atau deman.
•      Muntah-muntah.
•      tiada nafsu makan.
•      Sakit dalam perut dan usus.
•      lemah, kurus dan mata menjadi cekung.
•                              Anggota badan mengejang

Kesan Disentri Amoeba
•      Diarea yang mendadak yang disertai darah dan lendir dalam tinja.
•      6-24 jam pertama tanpa darah  setelah 12-72 jam berdarah.
•      Panas tinggi atau deman.
•      Muntah-muntah.
•      tiada nafsu makan.
•      Sakit dalam perut dan usus.
•      lemas, kurus dan mata cekung.
•      Mengejang pada anggota badan .

Kesan Kepada Masyarakat
•      Pengurangan tenaga kerja berlaku kerana paningkatan jumlah penduduk yang terinfeksi dengan penyakit ini.
•      Risiko penularan penyakit meningkat kerana pendedahan dan jangkitan boleh berlaku dimana-mana disebabkan peningkatan jumlah pembawa serta penghidap disentri.
•      Kadar morbiditi dan mortaliti meningkat disebabkan semakin ramai yang mati serta sakit disebabkan disentri
•      Cara hidup masyarakat berubah dimana masyarakat lebih mengamalkan cara hidup yang bersih bagi mengelakkan daripada berjangkit.
•      Persepsi negatif masyarakat kepada para penghidap penyakit disentri kerana bimbang sekiranya dijangkiti.

Impak Kepada Ekonomi
•         Masa bekerja menjadi pendek kerana terpaksa menjalani rawatan kesihatan.
•         Kos rawatan akan meningkat kerana hospital perlu membekalkan ubat ubatan dalam kuantiti yang banyak kepada para pesakit.
•         Penurunan produktiviti kerana para pekerja mengalami masalah kesihatan.
•         Sektor pelancongan terjejas
-          Kedatangan pelancongan berkurangan kerana bimbang terinfeksi dengan penyakit ini.
-          Sektor perhotelan terjejas kerana meragui tahap kebersihan hotel tersebut
-          Sektor pengangkutan awam terjejas
-          Sektor perkhidmatan pelancong terjejas
•     Ramai para pekerja terutamanya di kedai-kedai,gerai,restoran dan sebagainya hilang punca       pendapatan ekoran terinfeksi dengan penyakit ini.

Kesan Kepada Industri Makanan
•      Pasaran produk tergugat
-           Penjualan kurang
-           Pendapatan kurang
•      Kehilangan sumber manusia (man hour)
•      Sumber pendapatan dari pengeksportan produk terjejas
•      Kehilangan reputasi dan pasaran
•      Penutupan premis makanan
•      Denda dari pihak berkuasa
•      Kos perundangan
•      Sekatan perdagangan dalam pasaran antarabangsa
•      Kos penyiasatan dalaman

Impak Terhadap Kerajaan
•      Tanggapan buruk terhadap produk makanan malaysia
•      Pengurangan hasil negara
•                              cukai dan tukaran mata wang asing

•      Kos penyiasatan dan pengendalian
•      Kos penguatkuasaan dan perundangan
•      Peningkatan kos perubatan dan kesihatan
•                              untuk mengurangkan kadar morbiliti dan mortaliti

No comments:

Post a Comment