Assalamualaikum wbt.
15 Disember 2012
Maka bermulalah halaman baru dalam hidupku,
Selangkah meniti lembaran perjalanan baru,
Sisa-sisa dulu yang wajib dipadamkan,
Luka-luka lama yang telah bersemi sebagai cakaran parut-parut kecil,
Kerana itulah takdir alam yang telah pasti,
Masanya telah tiba,
Untuk kembali bangkit dari buayan mimpi,
Atas kehendakNya kan ku bina lorong-lorong kecil munuju redha,
Menabur baja dan menyemai benih-benih keikhlasan hati,
Moga takkan ku leka di hari-hari mendatang...........